Saturday 26 December 2015

BENGKEL PAYANG.MY

Pada 26 November 2015, TOP IT Industries SDN. BHD. telah mengadakan 'Bengkel Payang.My' di Pusat Bestari.Comm Seberang Takir. Beberapa usahawan di kawasan sekitar juga telah dijemput ke bengkel tersebut. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan apa itu Payang.My sekaligus mempromosikan Payang.My kepada usahawan-usahawan Terengganu.




Saturday 12 December 2015

DIALOG BERSAMA USAHAWAN

Sesi Dialog Usahawan Terengganu bersama ahli-ahli Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) pada 19 November 2015. Top IT Industries Sdn. Bhd. telah dijemput ke program tersebut bagi mempromosi Payang.My kepada usahawan-usahawan Terengganu.











Sunday 6 December 2015

HARI SAHABAT USAHAWAN TERENGGANU

Pada 16 November 2015, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) telah menganjurkan 'Program Taklimat Pembangunan Perniagaan GEN-1M SUT Daerah Setiu' di Dewan Serbaguna Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, Setiu. Top IT Industries Sdn. Bhd. telah dijemput ke program tersebut bagi mempromosi Payang.My kepada usahawan-usahawan Terengganu.






Wednesday 2 December 2015

PELANCARAN PAYANG

PAYANG.MY adalah sebuah sistem atas talian 'online shopping' yang dicetus idea oleh Menteri Besar Terengganu, Y.A.B Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Haji Abdul Rahman. Produk-produk yang dihasilkan oleh semua usahawan di Negeri Terengganu terdapat dalam PAYANG.MY ini. Pendaftaran adalah PERCUMA.

 Ayuh usahawan semua!! Daftarlah dengan segera di PAYANG.MY dan pasarkan produk anda....


 Ucapan Aluan Ketua Pegawai Eksekutif, Tn Syed Ahmad Anas bin Engku Kelana DiRaja



Ucaptama Y.A.B Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Haji Abdul Rahman



 Gimik Perasmian Payang.My oleh Y.A.B. Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Haji Abdul Rahman












Wednesday 25 November 2015

APA ITU PAYANG?

Payang.my adalah sebuah platform jualan secara atas talian 'online' yang dibangunkan oleh Top IT Industries Sdn. Bhd. bertujuan untuk memudahkan usahawan menjual produk mereka secara atas talian. Platform ini dilancarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Haji Abdul Rahman sempena pelancaran program PESONA Terengganu 2015 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Oktober 2015.


 

link : www.payang.my