Tuesday, 17 May 2016

KARNIVAL MINGGU PKS TERENGGANU 2016 SASAR 10,000 PENGUNJUNG


KUALA TERENGGANU: Sebanyak 240 gerai jualan produk membabitkan usahawan Terengganu dan Thailand akan dibuka sempena Karnival Minggu PKS Terengganu 2016 di Dataran Syahbandar bermula 19 hingga 25 Mei ini. Karnival yang julung kali diadakan itu, dianjurkan Kerajaan negeri dengan kerjasama SME Corporation Malaysia dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud, berkata karnival itu juga membabitkan kerjasama One Tambun One Produk (OTOP), Thailand. Katanya, penganjuran itu adalah hasil lawatannya bersama Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu ke negara jiran, Oktober tahun lalu. "Hasil perbincangan bersama SME Corp dan YPU, mereka bersetuju membawa 120 usahawan dari Thailand menyertai Minggu PKS tahun ini," katanya selepas pelancaran Minggu PKS 2016 dan OTOP Thailand Peringkat Negeri Terengganu di Pekarangan Pejabat YPU, hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Tengku Khairi A Rahman; Pengarah SME Corp Terengganu, Muhammad Ibrahim dan Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) negeri, Salemi Yusof. Roslee berkata, pihaknya menyasarkan 10,000 pengunjung ke karnival yang turut menyediakan khidmat nasihat perniagaan. Katanya, pihaknya juga akan mengenalpasti 120 usahawan Muslim Thailand membabitkan produk makanan, kraftangan, kecantikan dan perubatan. "Matlamat utama jalinan kerjasama ini sedikit sebanyak dapat membantu usahawan Terengganu berkongsi dan mempelajari teknik pembungkusan usahawan Thailand," katanya.
 

Sumber Rujukan : Berita Harian





***Datanglah beramai-ramai ke booth Top IT Industries Sdn. Bhd. dan temui kami Team Payang.my di karnival tersebut bermula jam 10 pagi - 10 malam.








No comments:

Post a Comment