Assalamualaikum.
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!
Alhamdulillah atas nikmat ini.
Gunakan bulan yang sangat mulia ini
sebaiknya.
Selamat beramal, mencari berkat dan rahmat
dari Allah SWT
Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran :
ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّØ°ِينَ Ù…ِÙ†ْ Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚ُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan
bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang-orang sebelum kamu.
Mudah-mudahan kamu bertaqwa.”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 183)
Seluruh umat Islam di Malaysia kini mula
menunaikan ibadat puasa sebulan di Ramadhan bermula hari ini. Maka dengan ini, sama-samalah
kita mengambil kesempatan yang ada untuk mengejar redha Allah SWT dengan Islam
yang sempurna ini.
Marilah kita berdoa kepada Allah SWT, semoga
Ramadhan yang akan kita tempuhi bersama-sama tahun ini memberikan kesan yang
baik untuk kita semua. Bulan yang berkat dan mulia ini, yang diturunkannya
Al-Quran dan adanya malam yang yang lebih baik daripada 1000 bulan, iaitu malam
LAILATUL
QADAR mampu mengembalikan keimanan dan ketaqwaan kita kepada kemuncak
yang diredhai Allah SWT.
Semoga lembaran Ramadhan kali ini berjaya
mengembalikan semangat kita membuat perubahan kepada diri kita, masyarakat dan
seterusnya negara kita ke arah yang diredhai Allah SWT. Kita perlu berusaha dan
terus berjuang supaya Islam tertegak dengan hak-hak yang ditetapkan oleh Allah
dan mengambil semangat Ramadhan yang ada, yang pernah mendatangkan kejayaan
gemilang kepada saudara-saudara seaqidah kita yang terdahulu.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama
menempuh Ramadhan tahun ini dengan harapan kita berjaya menjadi manusia-manusia
bertaqwa seperti yang disebut oleh Allah SWT dalam Al-Quran apabila menyebut
tentang pensyariatan puasa di bulan Ramadhan.
*SELAMAT
BERAMAL DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK*