Sunday, 5 June 2016

SALAM RAMADHAN













Assalamualaikum.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!
Alhamdulillah atas nikmat ini.
Gunakan bulan yang sangat mulia ini sebaiknya.
Selamat beramal, mencari berkat dan rahmat dari Allah SWT

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertaqwa.”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 183)
 

Seluruh umat Islam di Malaysia kini mula menunaikan ibadat puasa sebulan di Ramadhan bermula hari ini. Maka dengan ini, sama-samalah kita mengambil kesempatan yang ada untuk mengejar redha Allah SWT dengan Islam yang sempurna ini.


Marilah kita berdoa kepada Allah SWT, semoga Ramadhan yang akan kita tempuhi bersama-sama tahun ini memberikan kesan yang baik untuk kita semua. Bulan yang berkat dan mulia ini, yang diturunkannya Al-Quran dan adanya malam yang yang lebih baik daripada 1000 bulan, iaitu malam LAILATUL QADAR mampu mengembalikan keimanan dan ketaqwaan kita kepada kemuncak yang diredhai Allah SWT.

Semoga lembaran Ramadhan kali ini berjaya mengembalikan semangat kita membuat perubahan kepada diri kita, masyarakat dan seterusnya negara kita ke arah yang diredhai Allah SWT. Kita perlu berusaha dan terus berjuang supaya Islam tertegak dengan hak-hak yang ditetapkan oleh Allah dan mengambil semangat Ramadhan yang ada, yang pernah mendatangkan kejayaan gemilang kepada saudara-saudara seaqidah kita yang terdahulu.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menempuh Ramadhan tahun ini dengan harapan kita berjaya menjadi manusia-manusia bertaqwa seperti yang disebut oleh Allah SWT dalam Al-Quran apabila menyebut tentang pensyariatan puasa di bulan Ramadhan.

*SELAMAT BERAMAL DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK*
 











No comments:

Post a Comment