Sunday, 17 July 2016

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2016



Assalamualaikum…



Alhamdulillah, selesai sudah sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 yang telah diadakan di perkarangan tapak perhimpunan, Top IT Industries SDN BHD, Kuala Terengganu, pada 14 Julai 2016 anjuran Kelab Sukan & Kebajikan Top IT.



Majlis dimulakan pada jam 12 tengah hari. Antara menu utama pada sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini ialah Nasi Minyak, Satay, Nasi Impit, Yong Tau Fu, Puding Laici, Koktail dan Air Minuman seta pelbagai biskut raya dan kerepek.


Terima kasih diucapkan kepada semua staf yang hadir dan yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini samada secara langsung atau tidak langsung, diharap pada sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang kita semua akan berjumpa lagi.


Sekian, terima kasih.











Monday, 4 July 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016



Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua pembaca blog Payang.my. Bersempena dengan Hari Raya ini, kami ingin berkongsi dengan anda koleksi ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016” kepada semua muslimin dan muslimat yang bakal menyambuat Syawal nanti.



Setelah sebulan umat Islam berpuasa kini tiba pula waktu yang dinanti-nantikan iaitu Hari Raya. Rasanya ucapan selamat hari raya berbentuk pantun melalui pesanan ringkas SMS belum lagi pupus buat masa kini.



Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda semua koleksi ucapan selamat hari raya ini seperti berikut :-


Bakar lemang sambil berdiri,

Untuk juadah Aidilfitri,

Nak hantar kad raya posmen dah cuti,

SMS saja penggganti diri.



Ramadhan bakal beransur pergi,

Syawal menjelma di aidilfitri,

Seikhlas hati menyusun jari,

Memohon dimaaf kekhilafan diri,



Tangan dihulur maaf dipinta,

Erat hubungan sesama kita,

Semoga gembira di hari yang mulia ini,

Salah dan silap harap dimaaf.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,



MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Saturday, 2 July 2016

KEK LAPIS ORI TERENGGANU



Assalamualaikum…



Anda gemarkan Kek Lapis Sarawak?? Saya pasti mesti begitu ramai yang gemarkan Kek Lapis Sarawak kan? Kalau dulu nak makan Kek Lapis Sarawak kena terbang jauh ke Sarawak, namun kini tidak lagi.



Di Payang.my juga terdapat aneka Kek Lapis Sarawak. Kek yang dihasilkan di negeri Terengganu namun 100% menggunakan resipi asli Kek Lapis Sarawak.



Namun buat masa ini hanya ada 6 jenis Kek Lapis Sarawak sahaja terlebih dahulu. Antaranya seperti Kek Lapis Masam Manis, Kek Lapis Tiga Rasa, Kek Lapis Malimazizah, Kek Lapis Pelangi, Kek Lapis Vanila Coklat, dan Kek Lapis Strawberry Lemon.



Kesemuanya dari pelbagai citarasa yang berbeza. Maka terpulang kepada citarasa pembeli untuk membuat pilihan masing-masing. Yang pasti kek lapis ini (resipi original Kek Lapis Sarawak) hanya menggunakan bahan-bahan yang segar dan berkualiti tinggi demi mengekalkan keaslian rasa semua kek lapis tersebut.



Dengan harga yang berpatutan, In Sya Allah semua orang pasti gemarkan kek lapis ini dan anda tidak perlu kos tambahan untuk terbang ke Sarawak lagi.



Orang Terengganu, jangan lepaskan peluang ini. Untuk pembaca luar Terengganu pula, kami Payang.my menyediakan khidmat pos untuk anda. Sekian, selamat mencuba Kek Lapis Sarawak buatan Terengganu…



** sesuai untuk hidangan seisi keluarga,majlis2 tertentu & doorgift