Tuesday 23 August 2016

PROGRAM BERSAMA RAKAN NIAGA TM TERENGGANU



Assalamualaikum…

Semalam 22 Ogos 2016 kami Team Payang.my ada Sketsa DTD Unifi sempena Program Bersama Rakan Niaga TM Terengganu di Duyong Marina & Resort Kuala Terengganu. Tetapi sebelum itu sebelah paginya kami hadir dulu seminar Briefing Biometric  di CXM TM Air Jerneh, Kuala Terengganu...Seminar bermula pukul 8.45 pagi sampai la pukul 1.30 ptg...Lepas tu kami g solat dan terus ke Duyong Marina & Resort.... Lepas daftar nama untuk kehadiran dan nombor cabutan bertuah, kami mengambil tempat dan berehat sebentar sebelum program bermula… ramai jugak yang dating rupanya...Program bermula lebih kurang pukul 3.00 petang kalau tak salah...hihi….. Dimulakan dengan taklimat, penerangan dan persembahan termasuklah nyanyian dan sketsa oleh rakan niaga dan program ni habis dekat pukul 5 jugak la....ok la tak tahu dah nak cerita apa lagi...nak tau lebih lanjut hubungilah kami Payang.my.... layan la sikit gambar yang ada...





















Monday 8 August 2016

KURSUS PAYANG.MY



Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera…

Alhamdulillah… Kursus Payang.my yang diadakan di Pusat Latihan ICT, Kuala Terengganu pada 1 hingga 3 Ogos 2016 lalu telah berjalan dengan lancar. Kursus selama 3 hari itu termasuklah Pengenalan Payang.my yang melibatkan pengenalan program, pengenalan dashboard, shipping template, payment, muat naik produk, pengurusan tempahan, penghantaran produk, pembatalan produk, dan pengurusan pembayaran. Kategori ini adalah percuma sahaja kepada semua vendor.

Kategori kedua kursus adalah Asas Fotografi yang melibatkan asas konsep, praktikal selama 30 minit, asas edit gambar, smartphone sebagai kamera, dan reka bentuk banner.
Manakala kategori ketiga kursus adalah Pemasaran sosial yang melibatkan social media channel, pengiklanan, keterangan produk yang efektif, dan tips. Kategori kedua dan ketiga dikenakan bayaran sebanyak RM25.00 bagi setiap kategori bagi vendor yang berminat. Di bawah merupakan sebahagian gambar sepanjang kursus diadakan.