Monday, 8 August 2016

KURSUS PAYANG.MY



Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera…

Alhamdulillah… Kursus Payang.my yang diadakan di Pusat Latihan ICT, Kuala Terengganu pada 1 hingga 3 Ogos 2016 lalu telah berjalan dengan lancar. Kursus selama 3 hari itu termasuklah Pengenalan Payang.my yang melibatkan pengenalan program, pengenalan dashboard, shipping template, payment, muat naik produk, pengurusan tempahan, penghantaran produk, pembatalan produk, dan pengurusan pembayaran. Kategori ini adalah percuma sahaja kepada semua vendor.

Kategori kedua kursus adalah Asas Fotografi yang melibatkan asas konsep, praktikal selama 30 minit, asas edit gambar, smartphone sebagai kamera, dan reka bentuk banner.
Manakala kategori ketiga kursus adalah Pemasaran sosial yang melibatkan social media channel, pengiklanan, keterangan produk yang efektif, dan tips. Kategori kedua dan ketiga dikenakan bayaran sebanyak RM25.00 bagi setiap kategori bagi vendor yang berminat. Di bawah merupakan sebahagian gambar sepanjang kursus diadakan.

















No comments:

Post a Comment