Thursday 16 March 2017

SAMPIN TERENGGANU

Assalamualaikum…

Entry kali ini special untuk penggemar songket seluruh Malaysia, terutama untuk bakal-bakal raja sehari di luar sana. Setiap bakal pengantin pastinya mahu mencari kelainan untuk majlis pernikahan mereka betul tak? Biasanya sampin lah yang akan menaikkan lagi ketampanan si jejaka berbaju Melayu semasa majlis akad nikah.

Sampin dari Terengganu ini biasanya daripada songket Terengganu jenis tenunan cotton. So bila pakai tak lah keras dan kejung sebab fabrik dan benang yang digunakan adalah dari kualiti tertinggi dan yang lebih istimewa ia adalah buatan tangan dan terdapat campuran cotton. Kelebihan sampin songket Terengganu asli ni ialah tak renyuk dan nampak smart je bila dipakai. Selain dari akad nikah, boleh juga dijadikan sebagai koleksi simpanan untuk dipakai semasa majlis-majlis formal, semasa hari raya, ataupun boleh dijadikan sebagai pemberian, hadiah, ataupun hantaran semasa pertunangan atau perkahwinan.


Bagi anda penggemar kain sampin songket Terengganu asli ni, boleh lah dapatkan segera di www.payang.my. Selain kualiti yang memang dijamin terbaik, keselesaan si pemakai pun penting juga. Kaum wanita sibuk nak baju mahal-mahal, tudung-tudung cun, kaum lelaki pun nak bergaya juga bila berbaju Melayu, betul tak... Di payang.my anda boleh dapatkan sampin pelbagai design, warna sesuai mengikut kehendak anda.


Sampin songket


Sampin cotton corak cobang


Sampin cotton hitam berbenang emas


Sampin pelangi


Sampin tenun dewasa

No comments:

Post a Comment