Saturday, 26 November 2016

SENARAI SERVIS



Assalamualaikum diucapkan kepada semua pembaca. Hari ini saya ingin berkongsi mengenai servis-servis yang ditawarkan oleh pihak syarikat kami iaitu Top IT Industries Sdn. Bhd.

Selain menyediakan peluang perniagaan kepada usahawan-usahawan khasnya pada rakyat negeri Terengganu di Payang.My, syarikat kami juga menyediakan perkhidmatan baikpulih komputer dengan harga yang murah dan berpatutan.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah :-
~ Baiki semua jenis motherboard laptop/netbook/ultrabook - RM 350
~ Servis Desktop PC - RM 30
~ Servis Laptop - RM 30
~ Servis Printer - RM 30
~ Baiki Printer - Harga bergantung kepada kerosakan & jenis printer
~ Servis Telefon Pintar & Tablet - RM 30-RM 60 (bergantung kepada jenis tablet)
~ Baiki Telefon Pintar & Tablet - Harga bergantung kepada kerosakan & jenis telefon
~ Baiki Desktop PC & Laptop - Harga bergantung kepada kerosakan dan jenis PC & Laptop



***Harga adalah bergantung kepada harga barangan pasaran semasa. Kami di TOP IT INDUSTRIES menawarkan harga yang murah dan berpatutan. Sebarang pertanyaan harga boleh hubungi 09-6670917(Bahagian Service & Maintenance) atau whatsapp 011-13198006


KAMI YAKIN BOLEH MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK ANDA
"HARGA MURAH, PUAS HATI"





Wednesday, 9 November 2016

PRODUK-PRODUK PAYANG.MY



Alhamdulillah...

Syukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah berikan.
Tak banyak tapi tetap ada..

Alhamdulillah.. Sekarang produk kami payang.my terus dapat sambutan. Walaupun secara online, tapi dah dipasarkan dan ada pembeli... Alhamdulillah... Syukur dengan sambutan yang menggalakkan sekarang ni...

Semalam produk kesihatan pula yang terjual.. Walaupun menjual produk kesihatan secara online telah banyak dijalankan kebelakangan ini, kami amat berterima kasih kepada pembeli yang sudi membeli dari kami payang.my.

Bagi anda yang masih tercari-cari produk kesihatan yang original dengan harga yang murah dan berpatutan, boleh layari payang.my. Di samping itu terdapat banyak lagi produk lain seperti pakaian, makanan, elektronik, kraftangan dan lain-lain hasil keluaran dari anak jati negeri Terengganu sendiri.

Di sini saya sertakan serba sedikit foto produk-produk yang terdapat dalam payang.my.

Sekian…







Monday, 24 October 2016

POWERBANK



Assalamualaikum..

Hari ini entry saya adalah berkenaan dengan ‘Power Bank’. Hampir 89% rakyat Malaysia ( tak termasuk warga asing ) mempunyai smartphone dan tablet yang diusung ke sana ke mari setiap hari. Semahal dan secanggih mana pun smartphone anda, ia tetap tak kan dapat berfungsi jika tiada kuasa bateri nya kan? Apa guna smartphone mahal-mahal, tapi bila kawan nak pinjam phone battery pulak ‘Kong’ @ habis… Malu lah kan.. hehe..:-)
Jadi,kawan yang tak jadi pinjam tu pun suggestkan anda gunakan POWER BANK. Tujuan Power Bank ini hanyalah untuk menyelesaikan masalah besar anda tadi iaitu MASALAH KEHABISAN POWER BATTERY PHONE.

Tapi mesti anda tertanya-tanya, APA BENDA POWER BANK ni? Apa FUNGSI POWER BANK ni? Power Bank adalah suatu alat yang digunakan untuk mengecas phone atau tablet anda tanpa memerlukan soket. Ia diibaratkan “extra battery” untuk phone anda. Anda boleh cas Power Bank ini dengan menggunakan charger phone , USB komputer /laptop atau menggunakan Power Bank yang lain.

Power Bank lazimnya digunakan untuk mengecas handphone bila-bila masa dan di mana sahaja. Pemakaiannya yang mudah dan praktikal, menjadikan Power Bank ini menjadi popular sebagai media untuk mengisi daya handphone.

Jadi, layari segera www.payang.my dan dapatkan pelbagai pilihan powerbank untuk kegunaan smartphone anda. Bagi saya,adalah amat berbaloi untuk mendapatkan sebuah power bank untuk menjamin “nyawa” smartphone kesayangan anda. Lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang yang aktif melayari internet dan bersosial di FB, Twitter mahu pun Instagram.



RUGI JIKA ANDA ADA SMARTPHONE TETAPI TIADA POWER BANK sebagai back up power.