Arena
jual-beli atas-talian merupakan salah satu arena yang berkembang pesat sejak
setahun dua ini. Ini juga membuatkan lebih banyak kes-kes penipuan berlaku,
membuatkan ramai yang rugi disebabkan olehnya. Kini,
selepas pihak kerajaan menekankan semua syarikat wajib berdaftar dengan SSM
untuk perniagaan mereka, kini melalui laporan Bernama, kerajaan ingin
menekankan supaya semua individu yang ingin menjual barangan mereka secara
atas-talian turut wajib berdaftar dengan SSM bermula 2017.
Buat
masa ini, pihak kementerian sedang dalam proses draf peraturan dan
undang-undang baru yang melibatkan jualan barangan – terutamanya yang menjual
hanya sekali sahaja. Pengguna
yang ingin menjual barangan, walaupun hanya satu sahaja, mereka wajib mendaftar
dengan SSM dan tempoh 30 hari akan diberikan untuk produk berkenaan dijual.
Sekiranya gagal, maka pengguna perlu perbaharui semula dengan SSM untuk tempoh
30 hari seterusnya.
Kerajaan
ingin mengurangkan masalah penipuan atas-talian melaluinya, dan pada masa yang
sama ingin melindungi hak pengguna yang membeli atas-talian. Mungkin
kita akan mendengar lebih lanjut mengenai kaedah implementasi pendaftaran ini
tidak lama lagi.
Sumber
Rujukan: Astro Awani
**
Oleh itu, ayuh usahawan
semua!!! Daftarlah segera syarikat anda dengan SSM bagi mengelakkan daripada dikenakan
tindakan undang undang dan seterusnya mendaftar
di Payang.my secara percuma sahaja.
No comments:
Post a Comment