Alhamdulillah, semalam
4 April 2016 telah diadakan sekali lagi bengkel Payang.my bertempat di Pusat
Bestari.Comm Bukit Payong dan syukur semuanya berjalan dengan lancar dan
selamat. Ini merupakan bengkel yang terakhir untuk musim ini yang melibatkan Pusat
Bestari.Comm Bukit Payong, Pusat Bestari.Comm Pengkalan Berangan, dan Pusat
Bestari.comm Alor Limbat.
Bengkel yang
melibatkan 11 orang usahawan tempatan Terengganu yang tinggal di kawasan
sekitar tersebut telah disampaikan oleh Pn. Fatimah Diyana (EIO Pengkalan
Berangan), Pn. Hafizah bt Ngah (EIO Bukit Payong) dan En. Ariff Fahmi (TSO
Pengkalan Berangan).
Bengkel Payang.my
ini bertujuan untuk membantu para usahawan baru mahupun usahawan yang telah
menempa nama dalam dunia perniagaan untuk mempromosi dan menjual produk mereka secara
atas talian di samping memberi peluang kepada usahawan-usahawan Industri Kecil
dan Sederhana (IKS) untuk meluaskan jaringan pemasaran mereka tanpa kos promosi
yang tinggi.
No comments:
Post a Comment