Tuesday 26 April 2016

KARNIVAL USAHAWAN ANAK TERENGGANU 2016



Assalamualaikum. 

Datanglah beramai-ramai ke booth kami Payang.My sempena Karnival Usahawan Anak Terengganu (KUAT) 2016 bertempat di Perkarangan Lot Parking Sabasun Hyper Runcit Gong Badak, Kuala Nerus pada pukul 10 pagi – 10 malam. Karnival anjuran Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dengan kerjasama Sabasun Hypermarket telah bermula pada 26 April 2016 – 1 Mei 2016 ini disertai oleh 192 usahawan.












Wednesday 20 April 2016

PROMOSI PAYANG.MY



Temujanji team Payang.my dengan Wafa Spora Enterprise pada 18 April 2016 telah berjalan dengan lancar. Bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Binjai Rendah, pemilik Wafa Spora Enterprise iaitu Pn. Wan Naimah bt Mat Ali telah datang bersama-sama dengan 3 orang usahawan Terengganu lain untuk sama-sama menyertai Payang.my dalam usaha memasarkan produk keluaran mereka. Penjaga Pusat Internet 1Malaysia Binjai Rendah iaitu En. Khairul bin Kamaruddin juga turut serta dalam perbincangan tersebut untuk mengetahui apa itu Payang.my.

Antara perkara yang diterangkan dalam perbincangan tersebut ialah Pengenalan Payang.my, cara-cara mendaftar sebagai penjual dalam Payang.my, cara-cara memasukkan produk, dan juga cara-cara membeli melalui platform Payang.my.
















Sunday 10 April 2016

SURVEY HARI RAYA 2016




Hari raya Aidilfitri tak lama lagi nak menjelma dah. So, persiapan pun mesti la nak kena prepare semua memandangkan raya nak dekat tak boleh nak sambil lewa. Jom kita jawab soalan ini...SILA KLIK LINK DI BAWAH.