Wednesday 20 April 2016

PROMOSI PAYANG.MY



Temujanji team Payang.my dengan Wafa Spora Enterprise pada 18 April 2016 telah berjalan dengan lancar. Bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Binjai Rendah, pemilik Wafa Spora Enterprise iaitu Pn. Wan Naimah bt Mat Ali telah datang bersama-sama dengan 3 orang usahawan Terengganu lain untuk sama-sama menyertai Payang.my dalam usaha memasarkan produk keluaran mereka. Penjaga Pusat Internet 1Malaysia Binjai Rendah iaitu En. Khairul bin Kamaruddin juga turut serta dalam perbincangan tersebut untuk mengetahui apa itu Payang.my.

Antara perkara yang diterangkan dalam perbincangan tersebut ialah Pengenalan Payang.my, cara-cara mendaftar sebagai penjual dalam Payang.my, cara-cara memasukkan produk, dan juga cara-cara membeli melalui platform Payang.my.
















No comments:

Post a Comment