Assalamualaikum
diucapkan kepada pembaca yg dikasihi dan dihormati sekalian.
Pada
entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang Pes Laksa Sarawak
Haji Manan. Kenapa saya ingin berkongsi tentang pes laksa ini?? Ia adalah
kerana pada hari ini sebaik saja saya buka sistem online Payang.my, terpapar di
dashboard yang kami ada pembeli pes laksa ini. Terima kasih diucapkan kepada
pembeli kerana memilih untuk berurus niaga dengan kami Payang.my.
Bagaimana
pula dengan dengan anda semua?? Adakah anda peminat Laksa Sarawak? Jom beli Pes
Laksa Sarawak Haji Manan. Nak beli kat mana? Kena pergi ke Sarawak ke?? Tak
perlu….. Anda hanya perlu layari www.payang.my dan beli secara online sahaja. Tak
perlu membazir masa, tenaga, dan wang ringgit untuk ke Sarawak semata-mata
untuk membeli Pes Laksa Sarawak ini.
Apa yang istimewanya tentang Pes Laksa Sarawak ni?? Pada pendapat saya, apa
yang menjadikan laksa Sarawak ini popular ialah bahan campuran yang dimilikinya
dan yang paling utama ialah pes. Semangkuk laksa Sarawak dilengkapi dengan
beberapa ketul udang, hirisan ayam, daun sup, bawang, tauge, dan limau. Ditambah
pula dengan sambal belacan, sememangnya menjanjikan nikmat kelazatan yang
berbaloi… Pes Laksa
Sarawak ini adalah 100% produk keluaran bumiputra Islam, jadi anda tak perlu
ragu2 lagi. Nak masak dia pun senang je, kat dalam packing ada disediakan cara2
memasaknya.. Gerenti sedap dan rasa original seperti yang dijual di Sarawak.
Ok!
Sekarang saya tunjukkan gambar Pes Laksa Sarawak seperti di bawah.. Dan saya
ucapkan terima kasih kepada semua pembaca kerana sudi singgah di blog Payang.my
dan terus membaca….Sekian…
Packaging Pes Laksa Sarawak Haji Manan
Laksa Sarawak yang telah siap dimasak..Bestnya...