Sunday, 25 September 2016

PES LAKSA SARAWAK HAJI MANAN



Assalamualaikum diucapkan kepada pembaca yg dikasihi dan dihormati sekalian.

Pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang Pes Laksa Sarawak Haji Manan. Kenapa saya ingin berkongsi tentang pes laksa ini?? Ia adalah kerana pada hari ini sebaik saja saya buka sistem online Payang.my, terpapar di dashboard yang kami ada pembeli pes laksa ini. Terima kasih diucapkan kepada pembeli kerana memilih untuk berurus niaga dengan kami Payang.my.

 Bagaimana pula dengan dengan anda semua?? Adakah anda peminat Laksa Sarawak? Jom beli Pes Laksa Sarawak Haji Manan. Nak beli kat mana? Kena pergi ke Sarawak ke?? Tak perlu….. Anda hanya perlu layari www.payang.my dan beli secara online sahaja. Tak perlu membazir masa, tenaga, dan wang ringgit untuk ke Sarawak semata-mata untuk membeli Pes Laksa Sarawak ini.

Apa yang istimewanya tentang Pes Laksa Sarawak ni?? Pada pendapat saya, apa yang menjadikan laksa Sarawak ini popular ialah bahan campuran yang dimilikinya dan yang paling utama ialah pes. Semangkuk laksa Sarawak dilengkapi dengan beberapa ketul udang, hirisan ayam, daun sup, bawang, tauge, dan limau. Ditambah pula dengan sambal belacan, sememangnya menjanjikan nikmat kelazatan yang berbaloi…
Pes Laksa Sarawak ini adalah 100% produk keluaran bumiputra Islam, jadi anda tak perlu ragu2 lagi. Nak masak dia pun senang je, kat dalam packing ada disediakan cara2 memasaknya.. Gerenti sedap dan rasa original seperti yang dijual di Sarawak.

Ok! Sekarang saya tunjukkan gambar Pes Laksa Sarawak seperti di bawah.. Dan saya ucapkan terima kasih kepada semua pembaca kerana sudi singgah di blog Payang.my dan terus membaca….Sekian…



Packaging Pes Laksa Sarawak Haji Manan



 Laksa Sarawak yang telah siap dimasak..Bestnya...

No comments:

Post a Comment