Monday, 4 April 2016

BENGKEL PAYANG.MY



Alhamdulillah, semalam 4 April 2016 telah diadakan sekali lagi bengkel Payang.my bertempat di Pusat Bestari.Comm Bukit Payong dan syukur semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Ini merupakan bengkel yang terakhir untuk musim ini yang melibatkan Pusat Bestari.Comm Bukit Payong, Pusat Bestari.Comm Pengkalan Berangan, dan Pusat Bestari.comm Alor Limbat.

Bengkel yang melibatkan 11 orang usahawan tempatan Terengganu yang tinggal di kawasan sekitar tersebut telah disampaikan oleh Pn. Fatimah Diyana (EIO Pengkalan Berangan), Pn. Hafizah bt Ngah (EIO Bukit Payong) dan En. Ariff Fahmi (TSO Pengkalan Berangan).

Bengkel Payang.my ini bertujuan untuk membantu para usahawan baru mahupun usahawan yang telah menempa nama dalam dunia perniagaan untuk mempromosi dan menjual produk mereka secara atas talian di samping memberi peluang kepada usahawan-usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk meluaskan jaringan pemasaran mereka tanpa kos promosi yang tinggi.










Wednesday, 30 March 2016

Semua Penjual Atas Talian Wajib Daftar Dengan SSM Bermula 2017 – Walau Jual Hanya Satu Barang




Arena jual-beli atas-talian merupakan salah satu arena yang berkembang pesat sejak setahun dua ini. Ini juga membuatkan lebih banyak kes-kes penipuan berlaku, membuatkan ramai yang rugi disebabkan olehnya. Kini, selepas pihak kerajaan menekankan semua syarikat wajib berdaftar dengan SSM untuk perniagaan mereka, kini melalui laporan Bernama, kerajaan ingin menekankan supaya semua individu yang ingin menjual barangan mereka secara atas-talian turut wajib berdaftar dengan SSM bermula 2017.
 
Buat masa ini, pihak kementerian sedang dalam proses draf peraturan dan undang-undang baru yang melibatkan jualan barangan – terutamanya yang menjual hanya sekali sahaja. Pengguna yang ingin menjual barangan, walaupun hanya satu sahaja, mereka wajib mendaftar dengan SSM dan tempoh 30 hari akan diberikan untuk produk berkenaan dijual. Sekiranya gagal, maka pengguna perlu perbaharui semula dengan SSM untuk tempoh 30 hari seterusnya.
 
Kerajaan ingin mengurangkan masalah penipuan atas-talian melaluinya, dan pada masa yang sama ingin melindungi hak pengguna yang membeli atas-talian. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai kaedah implementasi pendaftaran ini tidak lama lagi.

Sumber Rujukan: Astro Awani









** Oleh itu, ayuh usahawan semua!!! Daftarlah segera syarikat anda dengan SSM bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang undang  dan seterusnya mendaftar di Payang.my secara percuma  sahaja.