Sunday, 21 February 2016

TEMBAGA TERENGGANU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan tembaga Terengganu.


Perusahaan tembaga merupakan satu identiti bagi negeri Terengganu Darul Iman dan menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara untuk melihat hasil seni rakyat tempatan yang kaya dengan kerja-kerja tangan yang halus. Produk tembaga ini dinamakan “Wanisma Brass” iaitu campuran (perunggu) lima jenis logam mengikut  kadar peratusan yang ditetapkan.



Perusahaan tembaga juga merupakan salah satu daripada pekerjaan penduduk di negeri Terengganu yang biasanya diusahakan oleh kaum Melayu warisan dari satu generasi ke satu generasi iaitu “Ayah kepada Anak’.



Barangan tembaga yang dihasilkan iaitu barangan perkahwinan seperti pahar, tepak sireh, dulang, tempat renjis air mawar dan lain-lain lagi, barangan acuan kuih dan cenderahati, barangan Di raja seperti Cokmar, pending, bunga telur, hiasan dalaman istana, mimbar masjid dan lain-lain lagi.



Jika anda ingin melihat bagaimana proses membuat tembaga ini bolehlah berkunjung ke Wanisma Craft & Trading yang terletak di Ladang, Kuala Terengganu. Syarikat ini merupakan syarikat pengeluar barangan tembaga yang terbesar di negeri Terengganu yang dimiliki oleh En. Wan Mahadi bin Wan Ismail.

Di sini saya sertakan beberapa keping gambar ketika kami Team Payang.my membuat lawatan kerja ke syarikat tembaga tersebut. 


Syarikat Wanisma Craft & Trading yang terletak di Kg. Ladang, Kuala Terengganu


 Proses mencuci dan pembersihan tembaga



 Proses pengilatan tembaga lama



Proses membuat acuan tembaga daripada lilin

Sunday, 14 February 2016

JUBAH



Assalamualaikum w.b.t..

Model pakaian memang tidak pernah berhenti pada satu era saja. Semua sumber perkembangan model pakaian di dunia fesyen secara langsung mahupun tidak langsung telah diciptakan oleh orang-orang di balik layar seperti para pereka fesyen mahupun pemilik majalah fesyen. Para pereka  akan mempromosikan karya mereka melalui para model atau pun artis dan selanjutnya pembeli  akan memilih mana-mana gaya yang sesuai dan  secocok untuk mereka.



Buat seorang muslimah, nampak  mempesona, elegan dan memenuhi prinsip Islam dalam hal berbusana adalah sangat penting. Salah satu diantaranya ialah memakai busana muslimah berjubah sesuai dengan trend terkini dan kelihatan bergaya sebagai muslimah sejati. Sekarang ini perkembangan ‘mode’ busana muslimah  sungguh luar biasa dan bahkan mulai menjadi tumpuan muslimah di serata dunia yang terkenal dengan pelbagai gaya fesyen yang menarik. 

Dengan penampilan muslimah yang ‘simple’ sekali pun boleh  kelihatan memikat dan trendy. Trend busana muslimah seperti memakai jubah terbaru yang berstyle selalu mereka kenalkan sehingga akan menarik lebih banyak wanita muslimah mengenakan gaya yang menarik ramai orang. Oleh itu, bagi mereka yang inginkan tampak anggun dan bergaya dengan gaya muslimah,  anda boleh mengunjungi kami disini.