Wednesday, 10 February 2016

SEMINAR TRANSFORMASI LEAN


Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Pejabat Negeri Terengganu telah menganjurkan Seminar Tranformasi Lean Bagi PKS Negeri Terengganu pada 03 Februari 2016 (Rabu) bertempat di Dewan Gamelan 3, Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Seminar yang telah dirasmikan oleh pegawai kanan MPC Terengganu iaitu En. Mahadi Hasbullah adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat berkaitan aktiviti perkongsian amalan baik dari segi inovasi dan kreativiti serta sebagai salah satu pendekatan strategik untuk lebih berdaya saing. . Seramai 100 orang peserta daripada 59 Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana Negeri Terengganu telah hadir ke seminar yang dianjurkan ini. Team Payang.my dari TOP IT Industries Sdn Bhd juga telah dijemput  ke seminar tersebut untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut.










No comments:

Post a Comment