Tuesday 9 February 2016

KEROPOK LEKOR



Keropok lekor merupakan makanan tradisional dan salah satu identiti negeri Terengganu. Makanan yang berasaskan ikan ini merupakan makanan sepanjang masa bagi masyarakat Terengganu dan boleh dihidangkan bersama dengan pencicah yang dikenali sebagai ‘cuka lada’ yang boleh dihidangkan berasingan atau dituangkan terus ke atas keropok.



Sehingga 1970-an, keropok lekor hanya diminati oleh penduduk negeri Terengganu sahaja. Dengan bermulanya perkahwinan campuran antara masyarakat Terengganu dan penduduk luar Terengganu, keropok lekor mula diperkenalkan ke luar dan menjadi perhatian mereka lalu digemari dan menjadi salah satu daripada tarikan yang unik bagi Terengganu.



Bagi pelancong asing atau penduduk luar, kebanyakan dari mereka yang mengunjungi Terengganu akan membeli-belah di Pasar Payang di Kuala Terengganu. Oleh itu, mereka bolehlah merasai keenakan keropok lekor yang terdapat di sekitar Kuala Terengganu.



Antara kedai atau warung keropok lekor yang popular di Kuala Terengganu adalah seperti berikut :



1. KEROPOK LEKOR BUKIT TOK BENG BTB 2209 (KEROPOK LEKOR NOMBOR)



Terletak di Kampung Bukit Tok Beng, Seberang Takir. Harga keropok lekor di BTB 2209 jika dibeli secara paket, ia berharga antara RM5 hingga RM10. Apabila nombor pembeli dipanggil, pembeli hanya boleh beli RM100 maksimum dan kemungkinan akan diberi keropok percuma sebanyak RM5.



2.  KEROPOK SUKARAMAI



Terletak di Kampung Batu Rakit, Kuala Terengganu. Keropok lekor yang siap direbus panas-panas dijual secara terus kepada pelanggan. Harga sebatang keropok lekor ialah RM1 sahaja.


     3. KAK YAH KEROPOK LEKOR LOSONG KUALA TERENGGANU
 
Terletak di 140, Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu. Keropok lekor bersaiz besar dijual pada harga RM1 sebatang berbanding 50 sen sebelumnya.


    4. KEROPOK LEKOR MAK ADEK
 
Terletak di Kampung Bukit Tumbuh, jalan menuju ke Seberang Takir. Harga bagi keropok lekor Mak Adek ialah RM 1 sebatang, tetapi ia telah dipaket 5 batang sebungkus. Ini bermakna pembeli haruslah membeli paling minimum sebanyak RM5.



5. KEROPOK LEKOR WARISAN BONDA



Juga terletak di Kampung Bukit Tok Beng, Jalan Seberang Takir. Keropok Warisan ini menggunakan lebih banyak ikan dari sagu di dalam pembuatannya. Ia juga mengambil tempahan dari luar Terengganu. Harga bagi sebatang keropok lekor ialah RM 1


6. PERNIAGAAN KEROPOK WAN SU



Terletak di Lot 6327-C, Kampung Banggol Pauh, 21300 Kuala Terengganu. Sama seperti kedai keropok lekor yang lain, harga yang dijual ialah RM 1 sebatang.



7. KEROPOK SEAMEQ



Terletak di Simpang Empat Kg. Tok Jiring, Kuala Terengganu. Keropok Lekor Vakum dan Mini Lekor Vakum dijual pada harga RM7 sebungkus. 1 bungkus keropok lekor vakum mengandungi 5 batang. Selain itu, ia juga menjual pelbagai jenis keropok segera.





Bagi pelancong atau penduduk luar Terengganu yang ingin merasai keenakan dan kelazatan keropok lekor Terengganu tetapi mempunyai kekangan masa untuk datang sendiri ke Kuala Terengganu, mereka bolehlah membeli secara ‘online’ di www.payang.my. Antara kedai atau warung keropok yang berdaftar dalam www.payang.my ialah seperti Keropok Seameq, Perniagaan Keropok Wan Su dan Keropok Lekor Warisan.


No comments:

Post a Comment