Wednesday 3 February 2016

MADU

KESIHATAN DAN KECANTIKAN SEMULAJADI


Madu merupakan cairan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga. Terdapat pelbagai jenis madu yang terdapat dalam pasaran masa kini. Kepelbagaian jenis madu ini dihasilkan oleh lebah atau serangga yang mempunyai sifat  berlainan. Dalam proses penghasilan madu oleh lebah, proses regurtasi akan berlaku dimana nectar bunga akan bertukar manjadi madu. Rasa manis yang terdapat dalam madu didapati daripada kandungan fruktosa monosakarida dan glukosa yang mana rasa manis ini hampir menyerupai dengan rasa gula. Penggunaan madu dalam kehidupan telah bermula sejak dahulu lagi malah madu juga turut disebut di dalam Al-Quran. Madu bukan sahaja berfungsi sebagai bahan gantian kepada gula malah madu juga mempunyai pelbagai khasiat terutama dalam bidang kesihatan. Madu merupakan makanan sunnah dalam Islam dimana dalam Al Quran ada menyebut tentang madu:



Madu Dan Kesihatan


   Madu mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan, antaranya ia:

* Berfungsi sebagai pembantu membakar lemak apabila madu dicampurkan
   dengan air dan diminum setiap pagi.
* Madu membantu meningkatkan tenaga dalam badan apabila diminum setiap
   pagi.
* Madu juga menjaga sistem pencernaan dalam badan kerana kandungan
   antiseptik didalam madu itu mengurangkan kadar keasidan di dalam perut.
* Madu dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka.

Madu Dan Kecantikan

* Madu mempunyai kandungan kandungan magnesium, potasium dan kalsium
   dalam membantu penukaran sel kulit mati sehingga kulit akan kelihatan
   sihat.
* Madu membantu melembabkan kulit wajah apabila disapu pada keseluruhan
   muka seperti menggunakan masker.
* Madu membantu melembabkan bibir dan memerahkan bibir secara
   semulajadi apabila disapu pada bibir sebelum tidur.

 



 

No comments:

Post a Comment