Assalamualaikum
wbt. Di kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan anda para pembaca mengenai
batik. Seperti yang kita tahu, hasil seni batik adalah satu seni yang amat
menarik dan mempunyai ciri ciri yang amat mempesonakan. Seni batik ini bukan
calang calang seni kerana seni ini memerlukan teknik dan kemahiran profesional
individu bagi mendapatkan hasil yang berkualiti. Batik ini dipercayai diasaskan
di Indonesia semenjak zaman pemerintahan kerajaan Majapahit lagi. Sebenarnya perkataan
batik ini berasal dari bahasa Jawa. ‘Amba’ yang bermaksud tulis dan ‘titik’
bermaksud titik yang membawa makna kepada ‘batik’.
Dahulu kala, batik dihasilkan
melalui proses tulisan tangan menggunakan sejenis alat yang dipanggil canting.
Teknik ini begitu unik kerana tidak menggunakan sebarang mesin atau peralatan
moden bagi menghasilkannya. Tapi setelah zaman melangkaui zaman, proses
penghasilan batik dipermudahkan dengan dua kaedah baru iaitu batik cap dan juga
batik tekap. Tetapi ini tidak bermakna proses mencanting dilupakan begitu
sahaja kerana kualiti yang baik biasanya datang daripada tangan manusia sendiri
cuma lazimnya proses cap dan tekap ini mampu mengurangkan tenaga dan juga masa
pembuatan.
Corak dan warna batik banyak
dipengaruhi oleh pengaruh-pengaruh asing.
Warga Eropah juga menunjukkan minat terhadap seni ini. Hasilnya adalah
corak bunga-bungaan yang sebelumnya tidak dikenali (seperti bunga tulip) dan
juga pelbagai lagi barangan-barangan yang pernah dibawa oleh mereka pada zaman
penjajahan dulu. Namun begitu batik bercorak tradisonal masih dipakai dalam
upacara-upacara adat rasmi.
Terdapat tiga kaedah membuat batik
iaitu tulis, cap dan tekap. Batik tekap ini menggunakan paling sedikit tenaga
dan masa pembuatannya. Manakala batik cap dan tulis menggunakan hampir
kesuluruhan tenaga manusia dan dianggap batik ori. Secara umumnya proses
pembuatan batik terbahagi kepada tiga iaitu pemberian lilin pada kain putih,
pewarnaan dan pelepasan lilin daripada kain.
Mula mula kain putih yang akan
dibatik diberi warna dasar tidak kira warna ape pun dan kemudian diberi lilin.
Proses pemberian lilin dapat memberi kita pilihan untuk menggunakan salah satu
teknik iaitu proses tulis ataupun proses cap. Apabila kawasan tertentu pada
kain diberi lilin, maka proses pewarnaan batik tidak akan dapat memasuki
kawasan tersebut. Proses pewarnaan ini dilakukan berulang kali untuk mewarnakan
berbagai warna.
Setelah proses pewarnaan selesai,
lilin yang telah diletakkan pada kain tadi akan dilunturkan dengan menggunakan
teknik perebusan. Kain direbus selama dua kali bagi melunturkan lilin tersebut
dan jika kita menginginkan beberapa kombinasi warna berlainan dan menarik,
proses pewarnaan diulang kembali. Kemudian, soda ash digunakan untuk proses
permbersihan dan pencerahan batik. Setelah segalanya selesai, kain tersebut
dijemur dan dibiarkan sehingga kering.
Untuk mencari pelbagai aneka koleksi
batik yang menarik, anda boleh kunjungi laman sesawang www.payang.my
No comments:
Post a Comment