Tuesday, 2 February 2016

SECURE TRADE



Sentiasa kita lihat didalam movie-movie tentang hacker computer dan virus-virus computer boleh melakukan pelbagai kerosakan dan pencurian maklumat dalam computer kita. Ini menyebabkan sesetengah orang merasa takut dan ragu-ragu untuk menggunakan komputer sebagai medium bagi memproses maklumat-maklumat sulit sebagai contoh maklumat kewangan.

            Ancaman hacker dan virus ini memang tidak akan dapat dihapuskan seratus peratus, namun penyedia perkhidmatan online seperti “online banking” atau pembelian secara atas talian “online shopping” telah dan akan melakukan yang terbaik bagi memastikan para pelanggan mereka merasa selamat semasa menggunakan perkhidmatan mereka.

            Sebagai contoh, Payang.My, satu platform pembelian secara atas talian telah mengambil dasar “secure trade” dalam perkidmatan mereka. Dasar ini diambil bagi mengatasi masalah penipuan yang biasanya terjadi apabila transaksi bayaran berlaku antara penjual dan pembeli. Bagi penjual, mereka biasanya ditipu apabila maklumat pembayaran atau pemindahan duit ke akaun mereka dipalsukan. Bagi penjual yang mempunyai banyak transaksi dalam sehari, ini akan menyukarkan mereka untuk mengesahkan maklumat bayaran yang dibuat oleh para pembeli. Bagi pembeli pula, penipuan biasanya berlaku apabila barang yang dibeli tidak dihantar. Ada juga pembeli yang menerima barang yang mengandungi kecacatan dan kerosakan tidak kurang pula ada yang mendapat barang yang berlainan dari yang dibeli.

            Masalah ini timbul apabila tempat atau platform pembelian online yang diguna tidak menyediakan cara pembayaran (“payment gateway”) yang selamat sebagai contoh seperti memasukkan terus duit pembelian ke akaun penjual. Cara ini walaupun mudah dan ringkas, tidak mempunyai aspek-aspek yang melindungi kepentingan penjual dan pembeli. Di Payang.My , para pengguna tidak perlu memikirkan kaedah pembayaran yang mana yang perlu digunakan. Platform ini telah menyediakan “payment gateway” didalam sistemnya. Penjual dan pembeli hanya perlu membuka akaun dan mendaftar di Payang.My untuk menggunakan perkhidmatan ini.

            Dasar “secure trade” yang digunakan di Payang.My memerlukan platform ini menyediakan “payment gateway” kepada para penjual dan pembeli. Dengan menggunakan MOLPay sebagai “payment gateway” segala pembelian menerusi Payang.My dan dimasukkan ke dalam akaun MOLPay Payang.My. Hanya selepas kedua-dua pihak (penjual dan pembeli) berpuashati barulah bayaran akan di pindahkan ke akaun penjual. Bagi pihak pembeli, mereka tidak perlu bimbang yang penjual akan menipu duit mereka kerana duit mereka tidak dipegang oleh penjual. Jika terjadi keadaan seperti barang yang sampai rosak atau tidak sama, mereka boleh melaporkan (dalam tempoh tertentu) kepada Payang.My dan jika penjual tidak mahu menyelesaikan masalah ini, pulangan duit dapat dimohon. Bagi pihak penjual pula, dasar ini melindungi mereka dari ditipu pembeli dengan hanya memberi notis belian hanya apabila pembeli telah membuat bayaran kepada  akaun Payang.My. Apabila barang yang dihantar sampai ke tangan pembeli dengan tanpa masalah, duit akan secara automatic akan dipindahkan kepada akaun mereka. “Payment gateway” yang digunakan Payang.My juga tidak memerlukan mereka untuk membuka akaun bank baru untuk urusan jualan dan belian di Payang.My.
           
Akhir kata, pengguna sistem atas talian terutama dalam urusan beli perlu mengambil berat  kaedah yang mereka gunakan untuk urusan mereka. Namun begitu mereka tidak perlu terlampau bimbang atau ragu-ragu dengan penggunaan sistem atas talian kerana walaupun betul tiada benda yang dapat menjamin keselamatan seratus peratus di dunia ini, urusan perniagaan “online” tidak kurang mengutamakan keselamatan transaksi kewangan pengguna seperti perniagaan biasa.

No comments:

Post a Comment