Sunday, 21 February 2016

TEMBAGA TERENGGANU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan tembaga Terengganu.


Perusahaan tembaga merupakan satu identiti bagi negeri Terengganu Darul Iman dan menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara untuk melihat hasil seni rakyat tempatan yang kaya dengan kerja-kerja tangan yang halus. Produk tembaga ini dinamakan “Wanisma Brass” iaitu campuran (perunggu) lima jenis logam mengikut  kadar peratusan yang ditetapkan.



Perusahaan tembaga juga merupakan salah satu daripada pekerjaan penduduk di negeri Terengganu yang biasanya diusahakan oleh kaum Melayu warisan dari satu generasi ke satu generasi iaitu “Ayah kepada Anak’.



Barangan tembaga yang dihasilkan iaitu barangan perkahwinan seperti pahar, tepak sireh, dulang, tempat renjis air mawar dan lain-lain lagi, barangan acuan kuih dan cenderahati, barangan Di raja seperti Cokmar, pending, bunga telur, hiasan dalaman istana, mimbar masjid dan lain-lain lagi.



Jika anda ingin melihat bagaimana proses membuat tembaga ini bolehlah berkunjung ke Wanisma Craft & Trading yang terletak di Ladang, Kuala Terengganu. Syarikat ini merupakan syarikat pengeluar barangan tembaga yang terbesar di negeri Terengganu yang dimiliki oleh En. Wan Mahadi bin Wan Ismail.

Di sini saya sertakan beberapa keping gambar ketika kami Team Payang.my membuat lawatan kerja ke syarikat tembaga tersebut. 


Syarikat Wanisma Craft & Trading yang terletak di Kg. Ladang, Kuala Terengganu


 Proses mencuci dan pembersihan tembaga



 Proses pengilatan tembaga lama



Proses membuat acuan tembaga daripada lilin

No comments:

Post a Comment